
12,907 calon SPM Melaka duduki peperiksaan
BUKIT KATIL 20 Februari – Seramai 12,907 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 seluruh Negeri Melaka menduduki peperiksaan itu, pagi ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kesemua calon menduduki peperiksaan bertulis di 102 pusat seluruh negeri ini.
“Daripada keseluruhan jumlah calon, dua orang menduduki peperiksaan di Hospital Besar Melaka dan Hospital Mahkota, kerana masalah kesihatan.
“Malah seramai 11,037 calon adalah daripada Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Rakyat. Sementara itu 694 pula adalah calon sekolah dibawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (Maktab Rendah Sains Mara).
“Manakala bagi Sekolah Agama Negeri pula ada 23 calon, diikuti Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM (211) dan seramai 942 adalah calon Persendirian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau hari pertama SPM 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru.
Menurut beliau, seramai 1,235 orang petugas peperiksaan juga dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.
Terdahulu, Sulaiman turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,000 kepada SMK Bukit Baru, sebagai perbelanjaan makanan bagi calon SPM di sekolah itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...