Sorting by

×

JKN selamatkan 44 papa, beri perlindungan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PENGKALAN BATU 19 Februari – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menyelamatkan seramai 42 orang papa pada tahun 2022 bagi mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata daripada jumlah itu seramai 32 orang papa terdiri daripada golongan lelaki dan 10 golongan wanita.

“Daripada jumlah itu, 35 adalah dari kawasan Melaka Tengah, lima dari Alor Gajah dan dua dari Jasin.

“Dalam JKM tiada istilah gelandangan, sebaliknya kita menggunakan Akta Orang Papa 1977 sama ada melibatkan mereka yang miskin atau punyai penyakit mental.

“Kalau yang ada keluarga kita akan hantar pulang ke rumah mereka semula, kalau ada masalah mental kita hantar ke hospital untuk dapatkan rawatan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Berkhatan anjuran Pertubuhan Komuniti Legacy Group Berhad Comleg (Malaysia) di sebuah restoran di Bachang di sini, hari ini.

Katanya sebelum menghantar orang papa ke pusat rawatan, pihaknya akan membuat laporan terdahulu kepada pihak berkuasa.

“Kita tidak boleh sewenangnya bawa dan hantar orang papa ini, mesti kena buat report (laporan) dahulu untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini Alhamdulillah ramai orang papa yang sudah dihantar ke tempat sewajarnya, di Melaka masih terkawal berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1296
Kongsi :
Previous post Mayat dipercayai anggota komando hilang ditemui di Tanjung Sepat, Selangor
Next post Tiga lelaki Indonesia ditahan seludup keluar secara haram
Ubah saiz-+=