Pelajar kejuruteraan penerbangan dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu
ALOR SETAR, 19 Feb – Seorang pelajar Kejuruteraan Penerbangan Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi ketika sedang mandi-manda di pantai itu bersama rakannya, lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerima panggilan mengenai kejadian menimpa Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli, 20, pada pukul 7.20 malam tadi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa serta beberapa rakannya sedang berenang di pantai itu sebelum dipercayai lemas dan mangsa cuba diselamatkan rakan-rakan serta pelancong, namun gagal kerana alun air kuat.
“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan sepasukan 57 pegawai dan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela. Operasi ditangguhkan pada pukul 12 tengah malam (tadi) dan disambung semula pada pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shariman berkata mangsa yang beralamat di Langgar, Alor Setar itu, bersama rakan-rakannya dikatakan baru dua minggu berada di pulau pelancongan berkenaan bagi menjalani latihan industri.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...