Sorting by

×

Bertuah terpilih jalani sistem parol

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

MASJID TANAH 17 Februari – “Penjara bukan tempat untuk menghukum atau dihukum. Sebaliknya kami diberi peluang untuk betulkan hidup, menjadi insan lebih baik selepas dibebaskan,” kata banduan kini sedang manjalani inisiatif sistem parol dijalankan Jabatan Penjara Malaysia.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Aji, 58, berkata sepanjang menjalani hukuman selama lima tahun di Penjara Tapah, Perak banyak perkara baharu yang dipelajari dan paling nikmat baginya adalah memiliki waktu yang cukup untuk mendalami ilmu agama.

WhatsApp Image 2023-02-17 at 5.44.31 PM
AJI (bukan nama sebenar) ditemui sempena Program Intervensi Orang Di Parol (ODP) Dan Orang Diselia (ODS) Bersama Pengarah Penjara Negeri Melaka Dengan Kerjasama Komuniti JPKK Kampung Seri Tanjung Alor Gajah di Tanah Perkuburan Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Selepas dijatuhi hukuman dia khuatir akan menjadi manusia terbuang yang dipandang serong dan sukar diterima masyarakat kerana sudah bergelar banduan.

Namun selepas berada di sebalik tirai besi, semua telahannya itu meleset malah lebih menggembirakan bergelar Orang Diparol (ODP) membuka peluang bagi dirinya untuk merancang kehidupan selepas tamat tempoh hukuman.

“Terbayang kehidupan dalam penjara adalah menakutkan, sebenarnya tidak. Malah peluang diberikan untuk menjalani sistem parol juga adalah sesuatu yang amat berharga apabila dapat kembali dekat dengan masyarakat selain ada kerja dan gaji.

“Meskipun belum dibebaskan tetapi dengan pendapatan diperoleh menerusi Latihan Pintar Korporat (CSI), saya mampu memberi wang perbelanjaan kepada keluarga di kampung,” katanya bapa kepada lima anak itu.

WhatsApp Image 2023-02-17 at 5.45.06 PM
KAMAL (bukan nama sebenar) ditemui sempena Program Intervensi Orang Di Parol (ODP) Dan Orang Diselia (ODS) Bersama Pengarah Penjara Negeri Melaka Dengan Kerjasama Komuniti JPKK Kampung Seri Tanjung Alor Gajah di Tanah Perkuburan Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, seorang lagi ODP yang dikenali sebagai Kamal, 47, berkata, berbanding banduan lain dia merasakan bertuah apabila terpilih menjalani sistem parol sebelum dibebaskan pada April depan.

“Walaupun lapan bulan boleh dikatakan tempoh yang agak singkat tetapi berada di sebalik tembok itu sesuatu yang terasing. Rakan memang ramai tapi pergerakan kita terhad.

“Tetapi apabila dapat kembali keluar dan bekerja bersama-sama dengan masyarakat ia bagaikan satu kelegaan kerana mereka tidak keberatan untuk menerima kami. Bermula dengan kesempatan diberi perlahan-lahan saya atur perancangan membina semula keyakinan,” katanya.

Dia yang kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Udang berkata, sistem parol dijalankan adalah inisiatif terbaik dilakukan dalam mempersiapkan seseorang banduan sebelum mereka kembali melangkah keluar memulakan kehidupan baharu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2544
Kongsi :
Previous post PSMJ 2035: Beri peluang wakil rakyat Kerajaan Perpaduan lontar pendapat
Next post Suntik motivasi, ubah mentaliti pelajar
Ubah saiz-+=