32 penggiat industri pelancongan Melaka ke Hat Yai- Songkla
THAILAND 15 Februari – Seramai 32 delegasi terdiri daripada pemain industri pelancongan Negeri Melaka menaiki bas ke Misi MATTA Travel Business Exchange (MTEX) di Hat Yai – Songkhla, bermula 14 hingga 17 Februari ini.
Difahamkan, misi empat hari dua malam itu merupakan anjuran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka yang diketuai Presidennya, Goh Hock Gin.
Menurut jurucakap MATTA Melaka, persatuan itu akan menjadi wakil pelancongan Melaka yang akan menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) bersama empat persatuan pelancongan dan satu persatuan hotel di Thailand esok.
“Turut dimaklumkan, kira-kira 20 ejen pelancongan Melaka dan 25 ejen pelancongan dari Thailand akan terlibat dalam misi MTEX itu.
“Tujuan utama misi MTEX terbabit adalah untuk membina rangkaian dan hubungan dua hala antara pemain industri pelancongan Melaka dan Thailand khususnya di wilayah Songkhla,” katanya.
Menurutnya, misi MTEX itu juga dapat merancakkan lagi industri pelancongan Negeri Melaka.
Turut mengikuti misi tersebut dua wartawan dari akhbar Melaka Hari Ini, Norafiqah Jamal dan Sin Chew Daily, You Jia Yong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...