Sorting by

×

Melaka Talent Corp. diwujudkan, kumpul pakar ‘think thank’

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

SERI NEGERI 13 Februari – Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan Melaka Talent Corp.(MTC) dalam usaha membantu pembangunan dan kemajuan Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menjelaskan, MTC itu diwujudkan dengan harapan dapat mengumpulkan pakar-pakar hebat kelahiran Melaka yang bekerja di luar negeri ini.

Katanya, pakar-pakar itu akan menjadi ‘think thank’ dan menyumbang khidmat bakti mereka dalam membantu memacu serta mencorak kemajuan negeri ini.

“Pengurusan kepada pembangunan bakat dan potensi kebijaksanaan atau Talent Management dalam Negeri Melaka juga perlu diberi perhatian selaras dengan agenda MADANI iaitu memenuhi potensi rakyat.

“Saya lihat ada ramai talent-talent yang hebat berada di luar Melaka, sekiranya dapat digembleng kepakaran dalam pelbagai bidang untuk kembali menabur bakti di Negeri Melaka, saya jangkakan Melaka berupaya menandingi negeri-negeri yang jauh lebih maju dalam masa terdekat.

“Oleh demikian, saya berhasrat untuk wujudkan Melaka Talent Corp.(MTC) dengan harapan dapat mengumpulkan pakar-pakar ini seterusnya menjadikan mereka think tank dan menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan dan kemajuan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bilangan 2/2023 bertemakan ‘Menerap Aspirasi Madani, Mencorak Budaya Proaktif’ di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; barisan Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Tambah Sulaiman, sekiranya kesemua agenda-agenda utama MADANI yang merangkumi aspek-aspek kepada penyelesaian masalah, memenuhi keperluan semasa negara, menyentuh pencorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara dapat digarabkan dengan baik, beliau yakin dan percaya Negeri Melaka dapat mencapai matlamat perancangan dengan lebih berkesan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1120
Kongsi :
Previous post Unit khas ditubuh pantau PSMJ2035 – KM
Next post Menara ikonik Melaka, daerah Masjid Tanah perlu direalisasikan – KM
Ubah saiz-+=