Dron, sonar bantu kesan komando hilang

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERKAM 10 Februari – Sistem sonar dan dron dua aset baharu digunakan pasukan penyelamat dalam usaha mengesan anggota komando, Lans Koperal Edrin Baitim, 25, dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, penggunaan peralatan itu adalah antara usaha terbaharu pasukan penyelamat selepas misi pencarian yang memasuki hari keempat gagal membuahkan hasil.

“Aset baharu yang kita usahakan hari ini adalah melalui kaedah sonar kerana melalui ini kita dapat melihat radius tertentu di kawaaan latihan.

“Sonar juga akan memanfaatkan untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang membolehkan kita meneruskan usaha menyelamat ini.

“Kita akan meneruskan pencarian beberapa hari lagi dan berharap ia akan membuahkan hasil,” katanya pada sidang media di Jeti Anjung Batu, selepas meninjau aktiviti mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK) Mejar jeneral Nubli Hashim, di sini, hari ini.

Adly berkata, penggunaan dron pula digunakan bagi melihat kawasan sekitar pulau-pulau di Melaka yang tidak dapat diakses oleh bot.

“Sebahagian daripada lokasi di bahagian tepi pulau dipenuhi batuan, jadi penggunaan dron daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat sesuai,” katanya.

Menurutnya aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga akan digerakkan bagi bersama-sama membantu SAR.

“Bagi aset udara penarian adalah hingga ke Batu Pahat, Johor untuk kawasan selatan manakala utara hingga ke Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4086
Kongsi :
Previous post Anggota komando lemas, tiada pelanggaran SOP latihan
Next post Biskut raya dijangka naik harga
Ubah saiz-+=