
Jom beli barang buatan Melaka esok
AYER KEROH 11 Februari – Program Kempen Belilah Barangan Buatan Melaka berlangsung di Dataran Sejarah, di sini, esok akan bakal menampilkan 20 usahawan tempatan yang mempromosikan produk masing-masing.
Presiden Persatuan Keusahawanan Negeri Melaka Dr. Gopal Warrma Ramulu berkata, pihaknya menyasarkan sekitar 2,000 pengunjung akan singgah ke program berkenaan.
“Antara produk akan ditawarkan adalah makanan, kosmetik, kraftangan, rempah ratus dan sayur-sayuran. Usaha ini turut mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
“Turut mengambil bahagian adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kolej Geomatika dan Persatuan Seni dan Budaya Krisna Balaram Melaka,” katanya pada sidang media, semalam.
Hadir sama Pengarah International Institute of GEMA (IIGEMA), Prof. Dr. Kamari Kasan dan Presiden Krishna Balaram Indian Arts & Cultural Society Melaka, Gobee Achudan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN ‘POGHUT’ AYER LIMAU
AYER LIMAU 11 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang dijadualkan pada Jumaat depan akan...
PENIAGA RUGI LEBIH RM26,000 DITIPU URUSAN TEMPAHAN HAMPER TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 11 April - Seorang peniaga mengalami kerugian RM26,100 disebabkan urusan jual beli dan tempahan hamper tidak wujud. Ketua...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT SETELAH ENAM HARI BERTARUNG NYAWA
JEMPOL 11 April - Seorang penunggang motosikal meninggal dunia malam tadi selepas enam hari bertarung nyawa di Hospital Kuala Pilah...
2,000 TETAMU MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 11 April - Kira-kira 2,000 tetamu yang juga penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, hadir memeriahkan...