Sorting by

×

Rumah pam, tangki atasi tekanan air rendah di Gadek

Masa Membaca:45 Saat

GADEK 8 Februari – Rumah pam dan Tangki Sedutan 84,000 gelen sedang dibina Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bakal membawa impak bermakna buat warga Dewan Undangan Negeri (Dun) Gadek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, VP Shanmugam berkata, menerusi lawatannya pagi tadi, inisiatif yang dibangunkan itu bakal memberi keselesaan buat penduduk sekitar khususnya membabitkan kediaman di sekitar Taman Baiduri, Kuala Ina di Pulau Sebang.

“Projek ini dijangka siap sebelum menjelang perayaan Aidilfitri tahun ini dan ia sekali gus membawa manfaat kepada penduduk khususnya di kawasan penempatan yang sebelum ini mengalami masalah tekanan air rendah.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada SAMB yang telah meluluskan permohonan ini dan terus memulakan segera kerja-kerja pembinaan bagi mengatasi masalah air khususnya di sekitar Kuala Ina dan Pulau Sebang.

“Saya sedaya upaya membantu dengan kadar kemampuan yang ada kepada semua rakyat di bawah Dun Gadek,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1408
Kongsi :
Previous post Hentian 50 kuih ‘Simpang Ompek’
Next post Gempa bumi: Angka korban di Turkiye sudah melepasi 12,000 orang – Agensi
Ubah saiz-+=