Sorting by

×

Bekalan kurang, harga sayur naik sehingga 20 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 6 Februari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengesahkan berlaku pergerakan harga sayur dengan kenaikan sehingga 20 peratus di negeri ini.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, peningkatan itu berlaku susulan berlaku penyusutan bekalan disebabkan musim hujan.

Katanya, sebagai sebuah negeri mengimport sayur-sayuran dari luar, pergerakan harga itu biasanya berlaku disebabkan bekalan diambil dari negeri yang kebanyakan hasil tanaman rosak akibat hujan.

“Di pihak KPDN, kita sentiasa memantau harga sayuran, ikan dan barangan asas di pasaran dan kita memang dapati terdapat pergerakan harga sayur dan ikan namun ia tidak ketara.

“Di Melaka ini, 80 peratus ‘production’ adalah dari luar dan hanya 20 peratus sahaja yang dihasilkan dalam negeri, di mana berlakunya pergerakan harga adalah disebabkan permintaan yang tinggi.

“Hal ini kerana, tidak lama lagi akan tiba bulan Ramadan, di mana banyak penggunaan sayuran dan permintaan akan menjadi lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat pemantauan Menu Rahmah di sebuah restoran asam pedas di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, harga beberapa sayuran tidak stabil dan menunjukkan peningkatan lebih 10 peratus di beberapa buah negeri termasuk di Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1953
Kongsi :
Previous post ‘Simpanan’ yang menguntungkan
Next post Rezeki pekerja kilang bawa pulang BMW218i
Ubah saiz-+=