
Tarik ramai pengunjung ke Kolam Air Panas Cherana Putih
TABOH NANING 18 Okt. – Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan melakukan beberapa penambahbaikan dalam menarik lebih ramai pengunjung ke Kolam Air Panas Cerana Putih.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, Kolam Air Panas Cherana Putih itu berpotensi menjadi tempat tumpuan berdasarkan jumlah kehadiran pengunjung ke situ sebelum ini.
“Saya dimaklumkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kehadiran pengunjung ke kolam air panas memberangsangkan bagaimanapun sedikit terkesan kini.
“Saya sudah maklumkan kepada Yang Dipertua MPAG untuk melakukan penambahbaikan di kawasan ini dan ada beberapa perkara perlu distrukturkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program turun padang berjumpa rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning dan hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Datuk Wira Latipah Omar serta Yang Dipertua MPAG Mohd Fadhil Hassan.
Sulaiman berkata, pada waktu ini kawasan seluas kira-kira 142 meter itu mampu menempatkan kira-kira 160 pengunjung pada satu masa.
“Selain Air Panas Gadek, kita mahukan juga Air Panas Cherana Putih menjadi pilihan pengunjung,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...