Sorting by

×

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah

Masa Membaca:32 Saat

KUANTAN, 3 Feb – Seorang warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Pelantar, Bentong semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Yusof Idris, 65, ditemukan di tepi tingkap biliknya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 9.02 malam sebelum 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dan Karak digerakkan ke lokasi kejadian.

“Rumah separuh kekal dipercayai didiami mangsa berseorangan itu musnah 90 peratus. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3320
Kongsi :
Previous post Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Next post Dr Zaliha, Menteri Kesihatan Malaysia pertama diberi penghormatan pengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO
Ubah saiz-+=