Pemandu lori maut dalam kemalangan di Lebuh Raya PLUS
IPOH, 2 Feb — Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah treler di Kilometer 352.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Perak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 5.13 pagi tadi.
“Kemalangan itu membabitkan pemandu lori berusia 29 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu yang memandu kenderaan lima tan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.
“Dua lagi lelaki masing-masing pemandu lori dan treler selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jurucakap itu berkata anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat serta mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...
TERIMA KASIH 12.32 JUTA PELANCONG
AYER KEROH 11 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, merakamkan setinggi-tinggi...
ZOO MELAKA LAKUKAN PERSIAPAN SAMBUT WTD2025, VM2026
AYER KEROH 11 Disember - Kerja-kerja penambahbaikan dan menceriakan Zoo Melaka akan dilaksanakan sebagai persediaan bagi sambutan Hari Pelancongan Sedunia...