Sorting by

×

Melaka antara negeri ‘dingin’

Masa Membaca:51 Saat

KUALA LUMPUR 30 Januari – Melaka antara enam negeri di Semenanjung Malaysia dilanda cuaca dingin sejak beberapa hari lalu dengan julat suhu antara 26 hingga 30 darjah Celcius.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, selain Melaka, lima negeri lain adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, negeri itu mengalami keadaan cuaca berkenaan hanya sementara dan ia berlaku pada awal tahun ketika musim Monsun Timur Laut.

“Orang ramai tidak perlu risau sebaliknya harus bersyukur dan menikmati cuaca yang agak dingin dan nyaman itu.

“Pada masa sama, orang ramai perlu sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui pelbagai medium sebaran rasmi MET Malaysia iaitu laman web, media sosial dan aplikasi di telefon pintar iaitu myCuaca,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Media itu sebelum ini melaporkan suhu sejuk antara 18 hingga 19 darjah Celcius di beberapa kawasan di daerah Sik, Kedah menyebabkan penduduk mengenakan pakaian lebih tebal bagi melakukan aktiviti harian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

10097
Kongsi :
Previous post Lima gerai di Medan Selera Sri Kendong terbakar
Next post Cadang anjur Festival Art and Craft sempena Tahun Melawat Melaka 2024 – MTA
Ubah saiz-+=