
Pengasuh mengaku tak salah cederakan bayi
MELAKA, 27 Jan – Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang bayi perempuan berusia lapan bulan.
Siti Aqilah Shahimi, 25, didakwa menyebabkan kecederaan kepada bayi yang diasuhnya itu di sebuah rumah di Taman Limbongan Permai di sini pada 6.20 petang, 7 Sep lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd Jalil mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh.
Siti Aqilah yang diwakili peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan rendah memandangkan tertuduh yang telah berkahwin berpendapatan RM1,800 sebagai pengasuh kanak-kanak.
Majistret Mazana Sinin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI LAMAN TIGA BUDAYA
ASAHAN 31 Mac - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di air terjun...
85 JUADAH DIHIDANGKAN DI SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
BUKIT PALAH 31 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka pada 5 April...
DUN PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA
PAYA RUMPUT 31 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan menjadi DUN pertama membuka tirai penganjuran Rumah Terbuka...
‘BAKSO TIPAH’ JUADAH ISTIMEWA AIDILFITRI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
ALOR GAJAH 31 Mac - Setiap kali tibanya Syawal, masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Payung tidak terkecuali daripada kemeriahan...
RAMADAN, SYAWAL TERINDAH BUAT NUR HAURA JANE
KESIDANG 31 Mac - Pengalaman pertama kali berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi pengalaman amat indah buat...
PENIAGA BAZAR IKONIK BANDA HILIR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KETUA MENTERI
BANDA HILIR 31 Mac - Meskipun keputusan Kerajaan Negeri memindahkan tapak penganjuran Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah ke Banda Hilir...