1,440 kemalangan direkod pada hari kesembilan Op Selamat 19

Masa Membaca:33 Saat

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Sebanyak 1,440 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari kesembilan pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,750 kenderaan dengan kemalangan membabitkan kereta mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 1,173 kes.

“Ia diikuti motosikal (270), pacuan empat roda (191), lori (65), van (30), bas (12), teksi (lima) dan satu kes kemalangan bagi basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

922
Kongsi :
Previous post Air terjun bercahaya persis filem Avatar
Next post Sasar ‘ranking’ pendidikan Melaka meningkat – KM
Ubah saiz-+=