
MBMB keluar enam notis kesalahan pusat hiburan di Melaka
BANDARAYA MELAKA 26 Januari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menggempur lapan premis pusat hiburan di sekitar kawasan pentadbirannya dalam Operasi Hiburan Bersepadu Jumaat lalu.
Menurut kenyataan MBMB, hasil operasi berkenaan sebanyak enam Notis Pemberitahuan Kesalahan(NPK) telah dikeluarkan anggota Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan MBMB atas pelbagai kesalahan.
“Operasi sekitar jam 11.30 malam ini diketuai Pengarah Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan MBMB, Norhayati Ismail dengan kekuatan 46 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi di Negeri Melaka.
“Sebanyak enam Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan membabitkan dua kesalahan NPK Enakmen Hiburan-Langgar Syarat Lesen, tiga kesalahan NPK kesalahan iklan tanpa lesen, satu kesalahan NPK Panggung & Tempat Hiburan-tanpa lesen dan set sistem audio/muzik yang disita ke atas dua premis yang tidak mempunyai lesen pusat hiburan.
“Operasi tamat pada jam 3.20 pagi itu turut melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata kenyataan itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi MBMB, Jumaat lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...