PPR Tangga Batu dijangka siap tahun ini
PANTAI KUNDOR 26 Januari – Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tangga Batu di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor dijangka siap tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @Mohd Hasim berkata, buat masa ini, projek yang dibangunkan di kawasan berhampiran Taman Tangga Batu Perdana itu dianggarkan sudah lebih 80 peratus siap.
Justeru, katanya, projek itu dijangka boleh disiapkan pada pertengahan tahun ini sebelum diserahkan.
“Untuk PPR Tangga Batu ini, sebanyak 120 unit telah disediakan di bangunan setinggi 12 tingkat ini.
“Daripada 120 unit yang ada, kita turut menyediakan empat unit di tingkat bawah untuk orang kurang upaya (OKU).
“Insya-Allah jika tiada aral dijangka bulan Jun atau Julai kita jangka ia siap sepenuhnya sebelum ia diserahkan kepada DUN Pantai Kundor,” katanya.
Mengulas lanjut, Tuminah atau mesra dengan panggilan Kak Ina berkata, sebaik projek perumahan itu bermula, sejumlah lebih 3,000 permohonan telah diterima.
Katanya, sebaik projek itu disiapkan, proses temuduga akan diadakan dan selepas itu, setiap pemohon akan disaring bagi memastikan mereka yang benar-benar layak diberi peluang menduduki rumah berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...