
Polis kesan individu buli guna batu bata di Kepong
KUALA LUMPUR, 23 Bernama — Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pembuli jalanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong di sini.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi kenyataan di Facebook rasminya malam tadi memohon sesiapa yang terlibat dalam insiden itu tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.
Selain itu, mereka boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-6274 2312 dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222.
Hari ini tular di media sosial tindakan seorang lelaki mengetuk cermin sebuah kereta menggunakan bongkah batu bata dan memarahi pemandunya dengan kata-kata kesat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...