Kandang terbakar, 13 ekor kambing rentung
MERLIMAU 21 Januari – Seorang penternak di Jalan Dato Nawar, Ayer Tawar, di sini, mengalami kerugian dianggarkan puluhan ribu ringgit apabila kandang kambingnya terbakar, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sebanyak 13 ekor kambing rentung dan hanya sembilan ekor sahaja dapat diselamatkan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nurazmi Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.09 petang dan menggerakkan lima anggota ke lokasi.
Katanya, setibanya di lokasi enam minit kemudian, didapati benar berlaku kebakaran kandang kambing berkeluasan 30×30 kaki persegi.
“Daripada 22 ekor kambing yang diternak hanya sembilan ekor dapat diselamatkan.
“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran sebelum ia berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 6.15 petang dan anggota bersama jentera kembali ke balai selepas memastikan tiada lagi kemerbahayaan.
“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...