‘Pak Belang’ baham lembu bukan di Melaka – Perhilitan
AYER KEROH 20 Januari – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Melaka menafikan dakwaan berlaku kejadian lembu ternakan dibaham harimau belang di Selandar.
Ia berikutan terdapat mesej tular di aplikasi Whatsapp mendakwa terdapat lembu dibaham ‘Pak Belang’ di Bukit Gondol, Selandar, selain turut berkongsi empat foto mengaitkan kejadian itu.
Pengarah Perhilitan Negeri Mohd Firrdhaus Mahmood berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Malah, ujarnya, berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan, kejadian itu dipercayai berlaku di Johor, tahun lalu.
“Berita palsu. Ia bukan berlaku di Melaka, sebaliknya kejadian berlaku di Johor tahun lalu,” katanya ringkas kepada Melaka Hari Ini.
Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak berkongsi berita tidak benar kerana ia dikhuatiri akan menimbulkan ketakutan orang awam dan penduduk di kawasan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...