COVID-19: Alor Gajah rekodkan tiga kes
AYER KEROH 16 Okt. – Tiga kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Melaka hari ini, membabitkan kluster Utama dan saringan kontak rapat.
Pengerusi Jawatankuasa Anti Dadah dan Kesihatan negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ketiga-tiga kes baharu yang dilaporkan itu merupakan jangkitan tempatan dan membabitkan individu dewasa.
“Kes pertama dan kedua yang direkodkan di Durian Tunggal, Alor Gajah, adalah hasil saringan kontak rapat kes positif dari Kluster Utama.
“Manakala kes ketiga pula dari Rembia, Alor Gajah, adalah hasil saringan kontak rapat kes positif dan sehingga kini 14 kes masih dirawat di hospital,” katanya.
Beliau berkata, terdapat enam Zon Kuning direkodkan di Melaka iaitu di Bukit Katil, Ayer Molek, Tanjung Minyak, Tanjung Kling di Daerah Melaka Tengah, manakala Daerah Alor Gajah di Durian Tunggal dan Rembia.
Views:
Related
Berita Lain
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
AYER KEROH 2 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi berhubung aspek integriti pegawai dan anggotanya dalam usaha...
KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT TERSEPIT MEJA LIPAT
NIBONG TEBAL 2 Januari - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di...
MD NAZRI DILANTIK PEMANGKU KETUA POLIS MELAKA
AYER KEROH 2 Januari - Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Melaka berkuatkuasa...
SPM 2024: PERATUSAN KEHADIRAN CALON CECAH 97 PERATUS – FADHLINA
PUTRAJAYA 2 Januari - Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini, kata Menteri Pendidikan...