Sorting by

×

Petik dan bayar, produk pelancongan baharu?

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

KUALA LINGGI 16 Januari – Harga murah, segar dan paling utama pengguna dapat meluangkan masa bersama keluarga, memungkinkan konsep petik dan bayar di kebun sayur-sayuran sekitar Melaka menjadi produk pelancongan baharu di negeri ini.

Perkara ini bukan sesuatu yang mustahil kerana sudah terbukti menarik ramai pelancong seperti yang sekian lama diamalkan di destinasi percutian tanah tinggi, Cameron Highlands, Pahang terkenal dengan produk seperti strawberi dan pelbagai jenis sayur-sayuran.

Terbaharu konsep itu ditawarkan kepada pelanggan oleh pihak pengurusan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, dalam program berlangsung, semalam.

WhatsApp Image 2023-01-16 at 10.38.31 AM
ABU Naim memetik sendiri sayur yang ditawarkan.

Bagi pengunjung Abu Naim Bakri, 35, tawaran itu menarik minatnya kerana harga jualan sayur seperti kangkung, bayam, sawi bunga dan sawi hijau ditawarkan adalah 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.

Katanya bukan sahaja produk segar malah teknik fertigasi meja yang diamalkan membantu meminimumkan kadar penggunaan racun serangga.

“Tetapi paling utama bagi saya adakah masa bersama anak-anak. Meluangkan masa bersama anak-anak dan isteri di kebun seperti ini pengalamannya amat berbeza jika kita ke pusat beli-belah.

“Timbul suasana harmoni yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaaan. Pada masa yang sama saya juga dapat mendidik anak-anak mengenai alam sekitar dan menarik minat mereka untuk menikmati hidangan berasaskan sayur-sayuran.

“Konsep ini juga amat bagus dalam membantu polisi sekuriti makanan negara dan orang ramai juga boleh berjimat,” katanya ketika ditemui.

WhatsApp Image 2023-01-16 at 10.40.29 AM
SHAHRIN Ikmal memetik sayur bayam.

Sementara itu Shahrin Ikmal Zainal, 36, berkongsi rasa puas kerana dapat memilih sendiri sayuran hijau dan segar dibeli untuk kegunaan sendiri serta kenalan yang tidak sempat hadir.

“Rasa geram tengok daun sayur yang hijau dan lebar, saya bebas memilih dan petik selain itu harganya juga murah berbanding di tempat lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3408
Kongsi :
Previous post Saya beri tempoh seminggu – Sulaiman
Next post Sistem tanpa tunai perlu ada keseimbangan – KM
Ubah saiz-+=