Teroka hasil baharu untuk kesejahteraan rakyat
AYER KEROH 13 Januari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu meneroka lebih banyak hasil baharu sepanjang tahun ini, dalam usaha berterusan menambahbaik dan meningkatkan lagi kualiti kemudahan kepada penduduk dalam kawasan pentadbirannya.
Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata perkara itu sudah dibuktikan pada 2022 dan akan diteruskan tahun ini.
Berikutan itu beliau mengajak semua warga kerja MPHTJ untuk bersama-sama menyumbang idea dan pandangan agar momentum kecemerlangan dicapai sepanjang 2022 ini tidak terhenti atau terbantut.
“Kami mampu berdiri sebaris Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain. Meskipun MPHTJ baru berusia 13 tahun, kami bersyukur apa yang dirancang berjaya dilaksanakan.
“Alhamdulillah semuanya berhasil, ini adalah hasil kerja keras dan komitmen semua warga kerja MPHTJ,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat tahun 2023 sempena Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ anjuran Jabatan Khidmat Pengurusan dan Unit Integriti di Kompleks Melaka Mall, di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausah MPHTJ, Rohaya Abdullah; Ahli-ahli Majlis MPHTJ; Pegawai Kanan MPHTJ dan anggota Majlis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LATIHAN PERCUBAAN PLKN 3.0 BERMULA JAN 2025 – ADLY
SEREMBAN 16 November - Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 membabitkan 200 pelatih lelaki...
TETC WATER PARK SUDAH DIBUKA
RIM 16 November - Taman Tema Air Taman Ekstrem Tasik Chinchin (TETC Water Park) yang mula dibuka hari ini menerima...
KANAK-KANAK 8 TAHUN DIKHUATIRI LEMAS TERJATUH KE DALAM LONGKANG BESAR
JOHOR BAHRU 16 November - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar...
TAPS, SUNGAI JERNIH PERLU DISIAPKAN SEGERA
AYER LIMAU 16 November - Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Jernih yang mengalami kelewatan perlu disiapkan pada...
5 PROJEK JPS BERNILAI RM28.6 JUTA DISERAH KEPADA KERAJAAN MELAKA
ALOR GAJAH 16 November - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan lima projek bernilai RM28.6 juta yang siap...
MELAKA MOHON ZON MERAH BANJIR DIBERI PERHATIAN SEGERA
ALOR GAJAH 16 November - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memohon Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air...