
Warga Tanjung Bidara tonton Piala AFF beramai-ramai
TANJUNG BIDARA 13 Januari – Suasana malam di Tanjung Bidara meriah apabila diadakan tayangan skrin gergasi bersempena perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric Cup 2022, 10 Januari lalu.
Program yang diadakan di Villa D’Acqua itu merupakan anjuran Jawatankuasa UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Dianggarkan seramai 200 penduduk sekitar hadir sama bagi memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang turun menentang Thailand bagi memburu slot ke pentas akhir.
Walaupun skuad kebangsaan tewas dalam perlawanan itu, namun ia tidak mematahkan semangat warga Tanjung Bidara untuk terus memberikan sorakan dan sokongan padu sehingga wisel penamat dibunyikan.
Program tersebut berakhir kira-kira jam 11.30 malam dan diakhiri dengan jamuan makan malam kepada orang ramai yang hadir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
