
Tiga terlibat kes khianat api, simbah cat ditahan di Kulai
JOHOR BAHRU, 12 Jan – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes khianat api dan simbah cat di sekitar Kulai, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata suspek berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun itu, ditahan dalam tiga serbuan berasingan di lokasi berbeza di Seri Alam dan Johor Bahru, sekitar 9 pagi hingga 2.30 petang.
Beliau berkata dalam serbuan di premis kediaman dan tepi jalan tersebut, polis turut merampas sebuah motosikal dan beberapa peralatan yang digunakan bagi kegiatan khianat dengan api dan simbah cat.
“Soal siasat awal ke atas kesemua yang ditangkap mengakui telah mengambil upah membaling cat dan ‘molotov cocktail’ (bom petrol) di sekitar kawasan Kulai.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat penglibatan mereka dalam lain-lain kes jenayah di dalam dan luar daerah Kulai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tok berkata kesemua mereka mengaku menerima upah sebanyak RM1,300 seorang untuk membaling cat di dua alamat serta membaling molotov cocktail di satu alamat.
Beliau berkata kesemua mereka tiada rekod jenayah dan kini direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
