Sorting by

×

Bomba Melaka bantu bersih kubur

Masa Membaca:35 Saat

REMBIA 7 Januari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka membuktikan keprihatinan bukan sahaja terhadap aspek menyelamat, bahkan turut membantu dalam program kemasyarakatan.

Ia dapat dilihat menerusi program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, hari ini.

Program selama empat jam itu diselaraskan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah.

Menurut Ketua BBP Alor Gajah Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar, program itu melibatkan seramai sembilan keanggotaan.

“Program gotong-royong ini bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah seperti membersihkan lalang, rumput dan struktur, selain turut melibatkan kerja mencantas dahan pokok yang merimbun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2925
Kongsi :
Previous post Polis Melaka juga hebat tangkap ikan
Next post Atlet karate ‘berkampung’ di Melaka
Ubah saiz-+=