
Bomba bantu kebumikan jenazah 170kg
JASIN 6 Januari – Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jasin Bestari di sini melakukan khidmat khas kemanusiaan bagi menurunkan jenazah seorang wanita yang seberat 170 kilogram (KG) ke liang lahad.
Jenazah wanita berusia 50 tahun itu selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Masjid Kesang Tua di sini hari ini.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) K. Selvam Khootan berkata pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada jam 12.01 tengah hari dan seramai tujuh anggota bergerak ke lokasi.
“Pasukan tiba di lokasi enam minit selepas menerima panggilan iaitu pada jam 12.06 tengahari dan menjalankan operasi mengangkat jenazah seorang pesakit obesiti untuk di turunkan ke liang lahad.
“Jenazah seberat 170 kg itu dibawa turun oleh bomba ke liang lahad menggunakan ‘forest fire hose’ dan distabilkan dengan bantuan ‘spinal board’.
“Masa yang diambil oleh pihak bomba juga sangat singkat kira-kira kurang dari 30 minit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi khas itu tamat pada jam 2.09 petang tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI LAMAN TIGA BUDAYA
ASAHAN 31 Mac - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di air terjun...
85 JUADAH DIHIDANGKAN DI SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
BUKIT PALAH 31 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka pada 5 April...
DUN PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA
PAYA RUMPUT 31 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan menjadi DUN pertama membuka tirai penganjuran Rumah Terbuka...
‘BAKSO TIPAH’ JUADAH ISTIMEWA AIDILFITRI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
ALOR GAJAH 31 Mac - Setiap kali tibanya Syawal, masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Payung tidak terkecuali daripada kemeriahan...
RAMADAN, SYAWAL TERINDAH BUAT NUR HAURA JANE
KESIDANG 31 Mac - Pengalaman pertama kali berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi pengalaman amat indah buat...
PENIAGA BAZAR IKONIK BANDA HILIR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KETUA MENTERI
BANDA HILIR 31 Mac - Meskipun keputusan Kerajaan Negeri memindahkan tapak penganjuran Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah ke Banda Hilir...