
Sesat di hutan, mayat ditemui di air terjun
ASAHAN 6 Januari – Misteri kehilangan seorang remaja di hutan Laman 3 Budaya Asahan terjawab apabila mayatnya ditemui di air terjun.
Mangsa, Muhammad Radif Azahari, 19, ditemui kira-kira 500 meter daripada lokasinya dipercayai hilang oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan Melaka Tengah.
Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Seleman Tugi, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.24 malam sebelum 16 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Melaka Tengah digerakkan ke lokasi.
Katanya, mengikut keterangan saksi yang juga rakan, mangsa dipercayai hilang di hutan pada jam 7 malam sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Tangkak.
“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam radius 500 meter daripada lokasi mangsa dipercayai hilang.
“Setelah melakukan operasi pencarian, mayat mangsa ditemui pada jam 1.29 pagi di air terjun berhampiran dan disahkan meninggal dunia kerana lemas,” katanya.
Seleman berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat selain kes berkenaan turut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.
Operasi itu tamat pada jam 2.36 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI LAMAN TIGA BUDAYA
ASAHAN 31 Mac - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di air terjun...
85 JUADAH DIHIDANGKAN DI SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
BUKIT PALAH 31 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka pada 5 April...
DUN PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA
PAYA RUMPUT 31 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan menjadi DUN pertama membuka tirai penganjuran Rumah Terbuka...
‘BAKSO TIPAH’ JUADAH ISTIMEWA AIDILFITRI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
ALOR GAJAH 31 Mac - Setiap kali tibanya Syawal, masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Payung tidak terkecuali daripada kemeriahan...
RAMADAN, SYAWAL TERINDAH BUAT NUR HAURA JANE
KESIDANG 31 Mac - Pengalaman pertama kali berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi pengalaman amat indah buat...
PENIAGA BAZAR IKONIK BANDA HILIR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KETUA MENTERI
BANDA HILIR 31 Mac - Meskipun keputusan Kerajaan Negeri memindahkan tapak penganjuran Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah ke Banda Hilir...