
Tentera maut digilis 4×4 selepas langgar anjing
SUNGAI UDANG 6 Januari – Seorang tentera maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan pacuan empat roda di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) Bertam Putra, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Muhamad Solleh Ramli yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Sungai Udang menghala ke arah Ayer Keroh telah melanggar seekor anjing sebelum jatuh terseret ke kiri jalan.
Pada masa sama, datang sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner 2.5G milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan POL 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.
Beliau berkata, pemandu pacuan empat roda turut dibawa ke Hospital Melaka untuk diambil sampel darah bagi tujuan analisa Jabatan Kimia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MANTAI AIDILFITRI DUYONG MERIAH, PELBAGAI BARANGAN DIJUAL MURAH
DUYONG 29 Mac - Seawal jam 6.30 pagi, orang ramai telah memenuhi tapak parkir Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, di...
PENIAGA PUKUL LELAKI DENGAN HELMET DITAHAN, PERSELISIHAN FAHAM ATAS JALAN JADI PUNCA
PAYA RUMPUT 29 Mac - Perselisihan faham di atas jalan raya dipercayai menjadi punca seorang lelaki dipukul dengan topi keledar...
ALOR GAJAH BERSERI, LAMPU RAYA SAMBUT KEPULANGAN PERANTAU
ALOR GAJAH 29 Mac - Daerah Alor Gajah kini semakin bersinar dengan pemasangan lampu hiasan yang menerangi kawasan utama bagi...
BERAS MELAKA MULA DIPASARKAN APRIL
MERLIMAU 29 Mac - Beras putih tempatan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri dan dikenali sebagai Beras Melaka akan mula berada di...
RAKAM VIDEO KEMALANGAN SAMBIL MEMANDU, SAMAN MENANTI
AYER LIMAU 29 Mac - Pemandu yang gemar merakam kejadian kemalangan untuk ditularkan di media sosial ketika mengendalikan kenderaan di...
PEMERIKSAAN KETAT BAS EKSPRES DI DEPOH DAN TERMINAL
AYER LIMAU 29 Mac - Bas ekspres beroperasi sepanjang musim perayaan Aidilfitri akan melalui pemeriksaan sebanyak dua kali iaitu di...