Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Jan ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga runcit bagi kedua-dua produk itu telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Harga runcit petrol RON97 pula diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa,” menurut kenyataan itu.
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENJAWAT AWAM MELAKA BERSYUKUR TERIMA ‘DURIAN RUNTUH’
AYER KEROH 28 Disember - "Berbanding tahun sebelum, tahun ini penantiannya begitu mendebarkan tetapi berbaloi. Terima kasih Kerajaan Negeri dan...
DUA BERADIK NAHAS KM204 MENANGIS DIMAKLUMKAN IBU BAPA SUDAH TIADA
BUKIT PALAH 28 Disember - Dua beradik yang terselamat dalam nahas di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran...
BAWA PRODUK IKONIK PULAU PINANG KE MELAKA
MELAKA, 28 Dis - Program Jelajah Pulau Pinang @ Melaka yang memperkenalkan 'signature' produk keluaran usahawan negeri itu antaranya nasi...
ANGKAT KEUNIKAN MAKANAN WARISAN MELAKA
BANDA HILIR 28 Disember - Festival Masakan Warisan Melaka 2024 berlangsung meriah apabila pengunjung 'dihidangkan' pelbagai juadah dan kuih-muih tradisional....
LEBIH 1,400 KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN BABIT LORI DALAM TEMPOH 6 TAHUN
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019...
MOHAMAD RUSLI DILANTIK KETUA POLIS DAERAH JASIN BAHARU
JASIN 28 Disember - Bekas Superintendan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Pencegahan Gangsterism, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit...