Sorting by

×

Pesta Bunga Melaka erat hubungan kekeluargaan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 1 Januari – Lebih 15,000 pengunjung mengunjungi Pesta Bunga Melaka 2022 yang diadakan selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember 2022 lalu.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Sa’ari Basiron berkata jumlah yang direkodkan itu bukan hanya menarik peminat flora, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

“Konsep kita lebih berteraskan kepada kekeluargaan, kalau dilihat di sini (malam ini) saya rasa ribuan pengunjung yang hadir untuk lihat persembahan pentas kita.

“Kita menampilkan persembahan berteraskan kekeluargaan selain konsep menghargai alam sekitar.

“Mengikut rekod kita terima melalui cabutan bertuah yang kita edarkan hampir 15,000 pengunjung hadir sepanjang tiga hari pesta ini diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) pada penutup pesta berkenaan serta sambutan ambang tahun baharu 2023 di Taman Seribu Bunga di sini, malam tadi.

00BA0842-0077-4F5C-87D1-02D6FDC58807
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Saari Basiron ditemui pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam pada itu, Saari berkata tahun 2023 diharapkan dapat membawa tahun lebih ceria, maju dan progresif kepada industri pelancongan negeri.

“Alhamdulillah kita tengok ramai yang datang bersama keluarga, tahun baharu ini diharap lebih ceria, maju dan progresif.

“Untuk malam ini sahaja kita kira-kira 3,000 pengunjung yang hadir bersama keluarga mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1968
Kongsi :
Previous post ‘2022 tutup buku’: Imbasan Oktober 2022
Next post ‘2022 tutup buku’: Imbasan November 2022
Ubah saiz-+=