Sorting by

×

Pesta Bunga Melaka bakal dijadikan acara tahunan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 31 Disember – Pesta Bunga Melaka bakal dijadikan sebagai acara tahunan berdasarkan kepada sambutan amat menggalakkan diterima daripada pengunjung tempatan dan yang datang dari luar negeri ini.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, cadangan itu juga selaras dengan saranan disuarakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang kagum dengan penganjuran pesta itu.

Katanya bagi penganjuran edisi akan datang pihaknya bercadang untuk menampilkan lebih banyak inovasi atau benda baharu selain mengikut kehendak semasa orang ramai.

Muhammad Jailani berkata, pesta tahun ini yang bertemakan Pesona Warna Menggamit Dunia, menampilkan lebih 100 spesis bunga termasuk orkid dan camelia.

“Bunga berkenaan bukan sekadar untuk pameran tetapi jika minat pengunjung boleh membelinya, paling istimewa adalah spesis orkid yang jarang ditemui kita bawa ke pesta ini.

“Bagi tempoh tiga hari penganjuran kita sasarkan 30,000 pengunjung akan singgah ke pesta ini. Berdasarkan borang cabutan bertuah, setiap hari kita menerima ribuan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pesta Bunga Melaka 2022 disempurnakan Tun Mohd Ali di Taman Seribu Bunga, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari; Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem serta Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3536
Kongsi :
Previous post Lautan umat Islam banjiri Dataran Sejarah Ayer Keroh sempena Malam Cinta Rasul
Next post ‘2022 tutup buku’: Imbasan Mac 2022
Ubah saiz-+=