Sorting by

×

Kerja menghias Kampung Machap Baru ditangguh seminggu, hormati mangsa tragedi

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MACHAP JAYA 27 Disember – Kerja-kerja menghias Kampung Machap Baru bersempena Tahun Baru Cina ditangguh seminggu bagi menghormati pemergian ahli keluarga yang juga penduduk kampung tersebut dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem bagaimanapun berkata, kerja-kerja menghias akan disambung pada minggu hadapan.

Katanya, penangguhan pemasangan hiasan sempena Festival Tanglung di kampung terbabit bagi menghormati dua keluarga yang melibatkan lapan mangsa dari kampung tersebut yang yerlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm baru-baru ini.

“Kerja-kerja pemasangan lampu hiasan di Kampung Machap Baru ditunda seminggu, bagi menghormati pemergian mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

“Namun, ia akan disambung semula pada minggu hadapan, masih berbaki 20 hari menuju Tabun Baru Cina 2023, jadi penduduk dan persatuan yang terlibat akan bekerjasama memasang tanglung mengikut kreativiti mereka,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Festival Tanglung sempena Tahun Baru Cina di Kampung Baru Machap Umboo, di sini malam tadi.

Festival terbabit dirasmikan oleh Ahli Parlimen Alor Gajah merangkap Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Pada festival itu, kampung tersebut dihiasi pelbagai lampu neon dan lebih 3,000 tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1119
Kongsi :
Previous post Siasatan tragedi tanah runtuh Batang Kali 90 peratus siap
Next post Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada majikan kurang lima pekerja ditangguhkan Julai 2023
Ubah saiz-+=