
COVID-19: Dua kes direkodkan di Alor Gajah
AYER KEROH 14 Okt – Daerah Alor Gajah mencatatkan dua pertambahan kes positif baharu membabitkan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negeri ini seramai sembilan orang.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kes baharu pertama membabitkan pesakit dari kawasan Durian Tunggal yang dikesan menerusi saringan kontak rapat kes positif rakan sekerja di Selangor dan dikategorikan sebagai kes import.
Katanya, bagi kes kedua membabitkan anggota kesihatan dan dikesan menerusi saringan bergejala petugas kesihatan dan dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
“Kedua-dua kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Negeri Melaka positif COVID-19 seramai sembilan orang dan kesemuanya dirawat di Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.
Berdasarkan rekod di laman Facebook Jabatan Kesihatan Melaka, tujuh kes positif sebelum ini adalah empat kes dari kawasan Bukit Katil, manakala satu masing-masing di kawasan Tanjung Kling dan Rembia.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...