
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
SANDAKAN, 26 Disember – Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata sehingga 10 pagi tadi, terdapat pertambahan jumlah rumah roboh akibat fenomena berkenaan kepada angka sah iaitu 70 yang direkodkan semalam susulan kejadian malam Sabtu (24 Dis) lepas.
“Pada pagi tadi, kita kenal pasti sebanyak 38 buah rumah telah roboh, menjadikan jumlah keseluruhan 108 buah rumah.
“Kemudian, di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 telah meningkat menjadikan jumlah 684 orang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Forest di sini hari ini.
Abdul Fuad bersyukur ramai penduduk yang tinggal di pesisir pantai akur kepada nasihat pasukan keselamatan untuk meninggalkan rumah malam tadi sehingga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau sekali lagi mengulangi nasihat sama kerana dijangkakan air pasang besar akan berlaku lagi malam ini.
“Sepertimana semalam, kita telah plotkan beberapa kenderaan dan juga pegawai serta anggota untuk memindahkan lebih awal penduduk yang berada di perumahan pesisir pantai,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘JANGAN CUBA-CUBA NIKAH SINDIKET’
SERI NEGERI 28 April - Lelaki Muslim di negeri ini yang bercadang untuk berpoligami diberi amaran supaya tidak menggunakan khidmat...
PARAKOM MELAKA KENDALI LEBIH 150 KES KECEMASAN
SERI NEGERI 28 April - Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri terbukti bukan sekadar inisiatif biasa, bahkan ia...
PERUNTUKAN SUKAN RM660,000 SETAHUN GALAK GAYA HIDUP SIHAT
SERI NEGERI 28 April - Sejumlah RM660,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi penganjuran Kejohanan Piala Ketua Menteri Melaka sebagai usaha mempromosikan...
CAPAIAN TELEKOMUNIKASI DUN LENDU SEMAKIN LANCAR
SERI NERGERI 28 April - Struktur pembangunan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu telah ditambah...
KAMPUNG DIGITAL: 582 KAMPUNG DI MELAKA ADA ALAMAT BAHARU
SERI NEGERI 28 April - Inisiatif Kampung Digital iaitu teknologi perintis yang diperkenalkan Kerajaan Negeri kini sudah mencapai 94 peratus...
KERAJAAN NEGERI GIAT LAKSANA INISIATIF PERANGI AEDES
SERI NEGERI 28 April - Jumlah kes denggi direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sepanjang 2024 meningkat kepada 2,203 kes berbanding...