Adun Kota terlibat kemalangan babit tiga kenderaan
SEREMBAN, 25 Disember – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Datuk Seri Dr Awaludin Said terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 27, Jalan Seremban-Tampin, Rembau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata bagaimanapun Awaludin yang memandu kereta jenis Honda Accord bersama isterinya Datin Seri Rozaida Noor Mohd Uzair yang berada di bahagian hadapan penumpang tidak mengalami kecederaan dalam kejadian pukul 2.45 petang itu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori jenis Daihatsu satu tan dengan muatan batang besi dari arah Seremban menghala ke Tampin mengekori kenderaan utiliti sukan (SUV) di hadapannya dengan rapat, sehingga terlanggar kereta Honda BRV itu yang berhenti kerana kesesakan jalan.
“Pelanggaran kemudian menyebabkan Honda BRV merempuh belakang kereta Awaludin yang berada di hadapannya yang turut berhenti kerana kesesakan. Akibat kemalangan, penumpang belakang kereta itu mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Rembau manakala pemandu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MPAG TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN PERBANDARAN
ALOR GAJAH 16 November - Delegasi Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor...
SEMANGAT SETIA KAWAN ANTARA KAUM AKAN TERUS DIPERKUKUH
TANJUNG BIDARA 16 November - Semangat setiakawan antara kaum wujud sejak zaman kemerdekaan akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kestabilan dan...
DOA IBU BAPA, GURU PELENGKAP IKHTIAR GAPAI KECEMERLANGAN – KM
TANJUNG BIDARA 15 November - Doa ibu bapa dan guru dianggap sebagai pelengkap kepada segala usaha bagi setiap anak-anak yang...
KETUA MENTERI SANTUNI CALON UPKK DAN SPM DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 15 November - Seramai 464 calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disantuni Ketua...
REMAJA PEREMPUAN HILANG SABTU LEPAS DITEMUKAN SELAMAT
KUANTAN 15 November - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Paya Chedung, Maran Sabtu lepas...
JETI BAHARU LANCARKAN LAGI OPERASI ECO-CRUISE SUNGAI LINGGI
AYER LIMAU 15 November - Pembinaan sebuah jeti baharu di muara Sungai Linggi, dijangka mampu memperhebatkan lagi aktiviti pelancongan di...