Elak bayar hutang, pelajar kolej buat laporan palsu kononnya dirompak
KUALA LUMPUR, 24 Dis – Seorang pelajar kolej swasta berdepan tindakan undang-undang setelah membuat laporan polis palsu bahawa dirinya dirompak dan mengalami kerugian RM10,300 dipercayai bagi mengelak membayar hutang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan berkata remaja berumur 19 tahun itu membuat laporan polis pada 9.46 malam semalam, mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya di sini.
Beliau berkata polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati kejadian yang dilaporkan pelajar itu tidak berlaku.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan membelanjakan wang simpanan diberikan keluarganya dan alasan disamun juga digunakan untuk tidak membayar wang yang dipinjam daripada rakannya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mohamad Fakhrudin berkata pelajar terbabit tidak ditahan dan pihak polis dalam proses melengkapkan siasatan untuk membuat pertuduhan di mahkamah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA LEBIH LUAR BIASA TAHUN HADAPAN
DUYONG 22 Disember - Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita akan diangkat menjadi acara Kerajaan Negeri bersempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia...
DUA NELAYAN HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI PERAIRAN INDONESIA
GEORGE TOWN 22 Disember - Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai...
OUM TERAJU BIDANG PENDIDIKAN DALAM TALIAN
BANDARAYA MELAKA 22 Disember - Open University Malaysia (OUM) terus menjadi peneraju bidang pendidikan secara dalam talian dengan menyediakan pembelajaran...
WTD 2025: PERZIM RANCANG PROGRAM BERTARAF ANTARABANGSA
BANDA HILIR 22 Disember - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bakal menganjurkan program bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA MERIAH
DUYONG 22 Disember - Kira-kira 10,000 orang membanjiri Padang Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit bagi menjayakan Larian Budaya Antarabangsa Duyong...
MIHF’24 MEDAN BANTU USAHAWAN TEMPATAN DAPAT SIJIL HALAL
AYER KEROH 22 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings Berhad mendekati dan membantu usahawan tempatan mendapatkan...