Pintu gerbang selatan Melaka berwajah baharu
JASIN 21 Disember – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menaik taraf pintu gerbang sempadan Melaka-Muar di Sungai Rambai dengan memasang lampu bewarna-warni sekali gus mengindahkan kawasan tersebut.
Yang Dipertua MPJ, Datin Sapiah Haron berkata, kerja-kerja menambah baik pintu gerbang berkenaan bermula pada 7 November dan siap sepenuhnya pada 5 Disember lalu.
“Alhamdulillah kita dapat menyiapkan pintu gerbang ini dalam tempoh sebulan, peruntukan untuk membaik pulih bernilai RM20,000.
“Antara kerja-kerja dilakukan adalah mengecat semula pintu gerbang, memasang lampu, membuat kerja elektrikal dan menambah papan tanda selamat datang serta selamat jalan,” katanya ketika dihubungi MHI.
Katanya, inisiatif itu bagi mengindahkan lagi kawasan sempadan Melaka dan Muar selain menjaga imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang terunggul.
“Pintu gerbang ini sudah lama dan uzur, jadi kita cuba untuk cantikkan semula supaya pelancong atau pengunjung yang lalu kawasan ini dapat melihat keindahan di Sungai Rambai,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SEMAKIN RAMAI AMAL KITAR SEMULA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 24 November - Hampir 45 tan jumlah barangan kitar semula di Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK) di Taman...
SUNGAI RAMBAI DAPAT KLINIK KESIHATAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 24 November - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal menerima klinik kesihatan baharu yang akan menggantikan...
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...