Sorting by

×

2023 jadi tahun pencapaian – Sulaiman

Masa Membaca:48 Saat

SERI NEGERI 19 Disember – Tahun 2023 bakal menjadi tahun pencapaian bagi semua penjawat awam Negeri Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata, jika 2021 ditetapkan sebagai tahun pelaksanaan dan 2022 sebagai tahun kecekapan pelaksanaan, tahun depan bakal menjadi platform untuk melihat sejauh mana pencapaian yang diraih warga kerja Kerajaan Negeri.

“Insya-Allah, tahun depan ialah tahun pencapaian yang mana saya ingin melihat apa pencapaian yang diraih hasil tahun pelaksanaan dan kecekapan pelaksanaan yang ditetapkan sebelum ini.

“Saya ingin meliht apa antara pencapaian yang berjaya dicapai dalam menuju ke tempoh pentadbiran tiga tahun selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Tahun 2022 dan Majlis Pencapaian Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ketua-ketua jabatan serta agensi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1335
Kongsi :
Previous post Pantau tiga bulan sekali kunci pencapaian satu tahun
Next post Adun ‘Perpaduan’ dibenar guna kemudahan Japerun
Ubah saiz-+=