KBS akan teliti isu kemelut bola sepak Melaka
DUYONG 17 Disember – Kemelut membabitkan Kelab Bola Sepak Melaka United (Melaka United FC) menjadi antara perkara yang mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, pihaknya akan meneliti dahulu perkara tersebut dan memanggil pihak terbabit untuk mencari penyelesaian.
Jelasnya, walaupun pengurusan kelab tersebut di bawah kelolaan pihak swasta, KBS dalam masa terdekat akan membuat pertemuan serampang dua mata.
“Isu kemelut bola sepak melibatkan Melaka United ini belum lagi dibincangkan, tapi antara isu yang mendapat perhatian kami di kementerian.
“Apapun kita akan teliti dahulu isu tersebut. Jadi kita kena dengar dahulu dan cuba dalami masalah, memang kita ada terima aduan.
“Saya percaya kita akan ambil inisiatif yang terbaik dan cuba untuk kita tengok bagaimana dapat membantu dan hal ini bukan sahaja diguna pakai utk pasukan bola atau Melaka United sahaja, tapi semua (sukan) yang mempunyai isu sama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Cabaran Kasut Roda Terbuka Melaka 2022 di Stadium Tun Fatimah hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...