Sistem perkhidmatan KWSP pulih sepenuhnya, data ahli tidak terjejas

Masa Membaca:32 Saat

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memulihkan sistemnya kepada perkhidmatan penuh selepas mengalami gangguan sementara pada semua salurannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.

Dana persaraan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran bulan caruman semasa majikan (gaji bulan November) dilanjutkan sehingga 30 Dis, 2022.

“Tiada caj lewat bayaran akan dikenakan bagi caruman gaji November yang dibayar kepada KWSP semasa tempoh lanjutan tersebut,” katanya.

KWSP juga memberi jaminan bahawa tiada data ahli, simpanan dan maklumat lain telah terjejas atau dikompromi semasa tempoh gangguan.

KWSP memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1387
Kongsi :
Previous post Identiti 11 mayat insiden tanah runtuh Batang Kali belum dikenal pasti – Dr Zaliha
Next post Tanah runtuh: Tapak perkhemahan beroperasi tanpa lesen – Nga
Ubah saiz-+=