
Empat Adun tidak hadir hari terakhir Sidang DUN – Speaker
SERI NEGERI 15 Disember- Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak hadir pada hari terakhir Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum berkata empat Adun terbabit adalah Adun Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis yang sedang mengerjakan ibadah umrah; Adun Bukit Katil, Adly Zahari yang mempunyai urusan di Kementerian Pertahanan.
Manakala dua lagi Adun tidak hadir kerana tidak sihat, iaitu Adun Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof dan Adun Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil.
Jelas Ibrahim, hari terakhir persidangan itu diteruskan dengan soalan lisan sebelum ucapan penangguhan oleh enam Adun dan pihak kerajaan menjawab soalan.
Ujarnya, selepas itu disusuli ucapan penggulungan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan ucapan penangguhan dewan oleh beliau selaku Speaker DUN.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...