
Sidang DUN: Melaka tunai 100 peratus janji manifesto PRN
SERI NEGERI 12 Disember – Kerajaan Negeri Melaka berjaya menunaikan 100 peratus aku janji yang ditetapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15, November tahun lalu.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia merupakan satu daripada lima pencapaian utama Kerajaan Negeri Melaka pada 2022.
Menurut beliau, bagi aku janji setahun pula, Kerajaan Negeri telah berjaya mencapai lebih 90 peratus kejayaan yang mana perinciannya akan diumum dalam masa terdekat.
“Begitupun, perlu diingatkan bahawa masih banyak lagi aku janji dan inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk tempoh tiga tahun dan lima tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
