Sorting by

×

Bangunan Kerajaan Negeri perlu pasang panel solar – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 10 Disember – Semua bangunan milik Kerajaan Negeri disarankan supaya memasang panel solar bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata pemasangan panel solar mampu membantu meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga solar di negeri ini yang baru mencapai 69.8 megawatt.

“Bangunan bukan milik Kerajaan Negeri pula perlu dapatkan kebenaran daripada pihak persekutuan atau kementerian, ini menjadikan pemasangan sistem itu lambat.

“Tetapi di Melaka kita sudah mulakannya. Contoh bangunan boling dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) jadi kita mesti perkasakan lagi insiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malam Anugerah Hijau Negeri Melaka Tahun 2022 mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali

Malam anugerah anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) berlangsung di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PTHM Datuk Wira Dr. Abu Bakar Md Diah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri, Khairuladha Ab Mutalib.

Rais berkata, sistem itu juga amat sesuai dipasang di masjid-masjid, sekali gus membantu institusi itu menikmati penjimatan perbelanjaan utiliti.

“Insya-Allah kita akan bekerjasama dengan PTHM, mencari cara bagaimana untuk memastikan inisiatif hijau ini berjaya diperluaskan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2393
Kongsi :
Previous post Saraswathy, Fuziah angkat sumpah Senator
Next post 1,000 peserta berbasikal keliling Melaka esok
Ubah saiz-+=