Sorting by

×

Indeks jenayah di Melaka menurun 1.69 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 9 Disember – Kadar indeks jenayah di Melaka merekodkan penurunan sebanyak 1.69 peratus dalam tempoh Januari hingga 8 Disember tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah berkata sebanyak 1,218 kes direkodkan dalam tempoh itu tahun ini membabitkan pelbagai jenayah manakala 1,239 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, penurunan itu sekali gus menjadikan indeks jenayah di kontinjen Melaka berada pada ranking kesembilan daripada semua kontinjen di seluruh negara.

“Berlaku pengurangan sebanyak 21 kes menjadikan penurunan kes sebanyak 1.69 peratus.

“Meskipun indeks jenayah berkurangan namun terdapat tiga kategori jenayah yang sedikit meningkat iaitu kes membabitkan lain-lain kecurian, pecah rumah dan rogol,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata penurunan kes indeks jenayah itu adalah susulan daripada penglibatan dan kerjasama semua pegawai dan anggota sama ada di kontinjen negeri mahupun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Pelbagai tindakan pencegahan dilaksanakan di peringkat IPK dan IPD dan ia adalah sumbangan pegawai dan anggota yang komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing, itu sebab kes menurun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1853
Kongsi :
Previous post Murid dikasari fasilitator kem motivasi, polis terima empat laporan
Next post Polis Melaka tahan 746 individu edar dadah tahun ini
Ubah saiz-+=