Wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah
KUANTAN, 6 Dis – Seorang wanita Orang Asli maut akibat cedera parah dipercayai kerana dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di Kuala Lipis, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 4.40 pagi dan mangsa Wak Angkat Yok Tong, 39, ditemukan di dalam kawasan pokok pisang oleh ahli keluarganya.
“Siasatan awal mendapati mangsa bersama lapan ahli keluarganya sedang tidur di rumah kayu berdinding buluh yang dikelilingi pokok pisang dan berhampiran kebun getah.
“Mereka terjaga kerana dinding rumah bergoyang dipercayai akibat dilanggar gajah menyebabkan mereka semua melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Azli berkata ahli keluarga mangsa yang berkumpul semula selepas keadaan tenang, menyedari mangsa hilang menyebabkan mereka mencarinya di sekitar rumah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MPAG TAMBAH BAIK FASILITI EKOPELANCONGAN PAYA LEBAR
AYER LIMAU 20 November - Fasiliti Ekopelancongan Paya Lebar akan ditambah baik Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bagi memberi keselesaan...
TIADA CADANGAN TARIK SUBSIDI MINYAK MASAK PEKET
PUTRAJAYA, 20 Nov - Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menarik subsidi minyak masak peket. Rafizi...
DUA PORT BERGAMBAR DI AYER KEROH UNTUK GENG RXZ
AYER KEROH 20 November - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyediakan dua platform bergambar bagi menyambut ketibaan peminat motosikal...
ORANG JASIN, JOM TUKAR BARANG TERPAKAI JADI DUIT 7 DISEMBER INI
JASIN 20 November - Orang Melaka khususnya warga Jasin dipelawa menjana ekonomi sampingan dengan menjual sisa barangan terpakai di rumah...
WARIS PENDEPOSIT SIMPAN SSPN TERIMA MANFAAT LEBIH RM129,000
AYER LIMAU 20 November - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Program Ziarah PTPTN Prihatin telah mengunjungi waris salah...
MELAKA SERIUS PERKASA TVET
AYER KEROH 20 November - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka mengambil beberapa pendekatan...