Sorting by

×

Seorang maut, lori muatan diesel jatuh gaung di Lebuhraya Plus

Masa Membaca:31 Saat

IPOH, 5 Dis – Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Ipoh digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.

“Operasi pemadaman dan penyelamatan sedang giat dijalankan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2374
Kongsi :
Previous post TPM Ahmad Zahid mula tugas secara rasmi di Perdana Putra
Next post Lelaki ditemukan lemas selepas keluar menjala
Ubah saiz-+=