Bayi perempuan ditemukan dalam kotak di kebun Jemaluang
MERSING, 3 Disember – Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah kotak dengan hanya beralaskan kain langsir, kira-kira pukul 8.40 pagi.
“Polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menemukan seorang bayi yang masih hidup dan cukup sifat di tepi simpang masuk kebun berkenaan.
“Bayi itu kemudiannya diselamatkan dan dirawat di Klinik Kesihatan Jemaluang, bagaimanapun identitinya masih belum dapat dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Cyril turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERLUAS INISIATIF ‘BASIC LIFE SUPPORT’ KE SEMUA PBT
AYER KEROH 23 Disember - Inisiatif Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mewujudkan pasukan khas 'Basic Life Support' (BLS) bagi menangani...
LIMA AMANAT PENTING PERKASA PBT MELAKA
AYER KEROH 23 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menekankan lima amanat penting dalam usaha memperkasakan...
LEMAS DI TALI AIR: MAYAT ANGGOTA POLIS DITEMUKAN PAGI INI
IPOH 23 Disember - Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama...
TERIMA KASIH BANTU SURAU KAMI
REMBIA 23 Disember - Usaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk memartabatkan institusi surau dan masjid diteruskan lagi dengan penyerahan...
GADIS ‘BOLLYWOOD’ GEGAR LITAR ASAHAN
ASAHAN 23 Disember - Siapa sangka wajah gadis yang lembut ini tidak mampu menggegarkan litar kelapa sawit di Asahan. Berasal...
KOLOKIUM OKU 2024 PROGRAM PEMULA ANGKAT MARTABAT ANAK ISTIMEWA
DURIAN TUNGGAL 23 Disember - Kolokium Orang Kurang Upaya (OKU) 2024 menjadi program pemula dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap...