Sorting by

×

Semangat baharu UNIMEL

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LINGGI 1 Disember – Pengenalan logo dan lagu baharu Universiti Melaka (UNIMEL) diyakini mampu menyuntik semangat baharu kepada warga kerjanya, sekali gus memacu kecemerlangan dalam bidang akademik selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, wajah baharu itu juga diharap dapat memacu UNIMEL menjadi sebuah universiti yang lebih matang, maju ke hadapan sebaris dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dan dunia.

“Melihat rekod UNIMEL, banyak kejayaan yang telah dilakar selama ini. Saya dimaklumkan alumni UNIMEL kini sudah mencecah hampir 17,000 orang. Masing-masing sudah menapakkan diri dalam dunia kerjaya pilihan mereka.

“Ternyata UNIMEL adalah sebuah IPT di Negeri Melaka yang banyak berjasa dalam melahirkan graduan berjaya membabitkan pelbagai bidang disiplin ilmu. Semua ini secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan bangsa, negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Logo, Lagu Rasmi dan Penyerahan Peranti Siswa Universiti Melaka di UNIMEL Kuala Sungai Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah dan Naib Canselor UNIMEL Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim.

Pada majlis sama, Sulaiman turut menyampaikan Peranti Siswa kepada 1,048 mahasiswa dan mahasiswi UNIMEL yang layak selain melancarkan simbolik penubuhan Skuad Bencana UNIMEL.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4221
Kongsi :
Previous post Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri
Next post Insentif khas RM1,000 untuk anak Melaka sambung pengajian diteruskan – KM
Ubah saiz-+=